Hai semua . Jom sama-sama kita buat mufin .
Bahan,bahannya:
200ml susu segar
150g almond dicincang
100g mentega
100g gula kastad
100g tepung kek
20g serbuk penaik
20ml esen badam
10g soda birkabonat
10 biji telur
Cara membuatnya
1.Pukul mentega bersama gula kastad sehingga kembang
2.Campurkan tepung kek , serbuk penaik dan soda birkabonat ke dalam adunan mentega tadi.Kacau hingga sebati.
3.Masukkan telur sedikit demi sedikit ,esen badam dan almond ke dalam adunan.
4.Akhir sekali,masukkan susu segar dan kacau hingga rata.
5.Kemudian sudukan adunan ke dalam acuan mufin dan bakar didalam ketuhar 180 darjah celcius selama 20 minit . Sedia dihidangkan.
Jika ada salah silap , sila komen dengan segera.Bye..
No comments:
Post a Comment